Syarat Am Universiti
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pra Diploma (Lepasan SPM)
|
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (mulai tahun 2013) dalam peperiksaan SPM.
|
Diploma (Lepasan Pra Diploma)
|
Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma dari UiTM.
|
Diploma (Lepasan SPM)
|
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (mulai tahun 2013) dalam peperiksaan SPM.
|
Asasi (Lepasan SPM)
|
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (mulai tahun 2013) dalam peperiksaan SPM.
|
Ijazah Sarjana Muda (Lepasan STPM)
|
Memiliki sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (mulai tahun 2013). Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu kertas julai diambil kira.
|
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan GRED C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am.
|
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
|
Ijazah Sarjana Muda (Lepasan STAM)
|
Memiliki sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (mulai tahun 2013). Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu kertas julai diambil kira.
|
Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
|
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
|
Ijazah Sarjana Muda (Lepasan Asasi / Matrikulasi)
|
Memiliki sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (mulai tahun 2013). Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu kertas julai diambil kira.
|
Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
|
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
|
Ijazah Sarjana Muda (Lepasan Diploma / Penerapan UiTM)
|
Memiliki sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (mulai tahun 2013). Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu kertas julai diambil kira.
|
Mempunyai kelulusan Diploma IPTA / ILKA / IPTS atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
|
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
|
Ijazah Sarjana Muda (Lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM))
|
Memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
|
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
|
Ijazah Sarjana Muda (Lepasan Asasi Undang-undang UiTM (PI005))
|
Mempunyai kelulusan Asasi Undang-undang UiTM (PI005) yang diluluskan oleh Senat Universiti.